Alhamdulillah Rezeki Besar Pada Usia Sebelum 30an

Written by RS

23/12/2020

Alhamdulillah syukur kepada yang Maha Esa. Syukur kepada yang Maha Pemurah. Akhirnya selepas melalui banyak rintangan dan dugaan, cabaran dan ujian dalam dunia pelaburan saham — Tidak kusangka pada usia seawal 27 tahun aku mampu menjadikan salah satu impian menjadi kenyataan.

Segalanya tidak mustahil kalau tidak bukan kerana bonda tercinta. Kerana dialah saya mula² terjebak dalam dunia saham sewaktu semester terakhir pengajian. Saya terjumpa mentor saya Tn Hj Mohd Asri — terbelajar pula ilmu yang membolehkan seseorang itu bisa menggapai cita². Bak kata beliau “Lubuk Emas Yang Tidak Diketahui Orang Kita”. Sejak itu, ramai juga yang mencurahkan ilmu kepada saya ❤️

Ya Allah, benar janji Dia. Man Jadda Wa Jadda. Ramai yang tidak tahu berapa banyak kali saya hampir mahu menyerah kalah. Tapi saya pegang pada kata² seorang sahabat — “Giving up is for losers. And we are not losers”. Umpama bila kita telah berhenti, lesap segala pelaburan kita. Hangus segala usaha kita.

Ibuku, terima kasih kerana sentiasa berada di samping perjuanganku. Sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi. Walaupun anakmu ini banyak membuat salah silap dalam kehidupan. Namun ibu tidak pernah sesekali hilang kepercayaan. Sayang Ayah tidak dapat bersama kerana tugas untuk negara nun di sana.

Dan juga para sahabat dan rakan seperjuangan. Terima kasih atas sokongan moral dan perkongsian ilmu yang banyak membantu. Kesal kerana tidak dapat ku jemput semua orang untuk semua meraikan mahupun ku tulis satu per satu — tapi ketahuilah anda semua berada dalam setiap doaku.

Untuk tahun 2021, impian seterusnya adalah untuk menunaikan umrah (haji jika diizinkan) — baru ku tebus segala dendam melancong 😂 Doakan juga buatku agar bisa meneruskan misi untuk menolong seberapa ramai orang kita untuk sama² menjadikan impian menjadi realiti melalui medium patuh shariah!

❤️ Syazwan Syafiq
#SahamIsCool
#LiveUpYourDreams

You May Also Like…

Zakat Tahun 2020

Zakat Tahun 2020

Alhamdulillah. Segala syukur bagiNya. Hari ini sempat bertemu sahabat saya Syahmi Syafiq Azmi dan lunch itik salai di Bangi. Tempoh hari saya ada mesej untuk bertemu sebelum hujung tahun, dengan...

Bahasa Perancis

Bahasa Perancis

Tengah belek2 balik sijil lama ni, bila ternampak semula yang ini, rasa seperti “Wow, aku dulu belajar bahasa Perancis!” Bukan setakat belajar, tapi dapat melepasi peperiksaan kefasihan bahasa...

Dalam Krisis Ada Peluang

Dalam Krisis Ada Peluang

Setelah dua kali 𝗰𝗶𝗿𝗰𝘂𝗶𝘁 𝗯𝗿𝗲𝗮𝗸𝗲𝗿 berlaku dalam hanya tempoh 𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 — pasaran US menunjukkan short term 𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹 setelah dibelasah teruk dengan penangan 𝗰𝗼𝘃𝗶𝗱19. Kes di China telah beransur menjadi...

0 Comments