Zakat Tahun 2020

Written by RS

30/12/2020

Alhamdulillah. Segala syukur bagiNya. Hari ini sempat bertemu sahabat saya Syahmi Syafiq Azmi dan lunch itik salai di Bangi. Tempoh hari saya ada mesej untuk bertemu sebelum hujung tahun, dengan niat nak menunaikan zakat untuk tahun 2020. Biasanya saya buat melalui online, tapi kali ini saya mahukan rasa sendiri bagaimana lafaz akad depan amil dan dengar bacaan doa.

Allahu. Rasanya tidak boleh digambarkan. Tahun ini merupakan antara tahun yang paling tidak diduga. Andainya dah give up dalam saham sebelum ini, tidaklah dapat rasa rezeki sebegini. Ya Allah, Kau Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Aku mengharapkan penyucian harta ini dapat membantu golongan asnaf yang memerlukan. Aku pohon agar tahun 2021 niat aku untuk mewakafkan RM250k tercapai. Jika benar jalan ini yang Kau redhai, permudahkanlah ❤️

You May Also Like…

Alhamdulillah Rezeki Besar Pada Usia Sebelum 30an

Alhamdulillah Rezeki Besar Pada Usia Sebelum 30an

Alhamdulillah syukur kepada yang Maha Esa. Syukur kepada yang Maha Pemurah. Akhirnya selepas melalui banyak rintangan dan dugaan, cabaran dan ujian dalam dunia pelaburan saham — Tidak kusangka pada...

Bahasa Perancis

Bahasa Perancis

Tengah belek2 balik sijil lama ni, bila ternampak semula yang ini, rasa seperti “Wow, aku dulu belajar bahasa Perancis!” Bukan setakat belajar, tapi dapat melepasi peperiksaan kefasihan bahasa...

Dalam Krisis Ada Peluang

Dalam Krisis Ada Peluang

Setelah dua kali 𝗰𝗶𝗿𝗰𝘂𝗶𝘁 𝗯𝗿𝗲𝗮𝗸𝗲𝗿 berlaku dalam hanya tempoh 𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 — pasaran US menunjukkan short term 𝗿𝗲𝘃𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹 setelah dibelasah teruk dengan penangan 𝗰𝗼𝘃𝗶𝗱19. Kes di China telah beransur menjadi...

0 Comments