Lepas saya dah letgo HP Spectre x360 dan iPad Pro, saya mencari something yang boleh guna untuk kerja office/present pada client masa meeting dan sebagainya. Takdir telah menemukan saya dengan racun daripada syarikat epal iaitu sang Macbook n Cheese Pro dengan processor M1. Kenapa pilih peranti MacOS pula walaupun sudah ada desktop kerja cough gaming cough platform tingkap? Ahaa simple sahaja nak cakap.
Saya seorang remisier/coder/trader yang akan membawa laptop ke tempat² seperti coffee house ataupun di mana² (untuk dapat ilham dan siapkan kerja). Selalunya tempat takde plug point. Jadi point paling penting sesebuah laptop adalah BATERI.
Pernah jumpa laptop yang di-claim 20 jam running battery life sekali jalan? Macam overclaim mula² saya fikir, tapi lepas test in real world situation, it falls short to 15 hours?? (ni buat kerja sambil dengar lagu, pastu scroll fb, then layan netflix) Biar betik? Tapi itulah hakikatnya. Processor M1 yang di-design in house adalah chip yang sangat energy efficient — tapi laju bak hang! Memang patut epal ditch intay
Render video? ✅
Multitask? ✅
Zoom meeting? ✅
Haa senang citer no sweat la 🥵
Then, point kedua adalah ekosistem epal sudah ciptakan. Admittedly, saya pengguna tegar iPhone sejak 5C lagi dan sejak itu semua saya upgrade adalah brand sama. Ada generation saya skip. Jadi nak diceritakan, bila pair dgn mac m1 ni, molek sangat la. Boleh copy paste sync, facetime boleh jawab antara dua, and benda paling mind blown adalah boleh run iPhone/iPad apps?? Sebab cip yang dipakai adalah sama dengan peranti mudah alih — arkitektur sama dan coding app mesra dengan semua (intay based tak support langsung). Ada potential banyak kegunaan di masa akan datang. Tadi dah test app Bursa MKTPLC dan KLSE Screener. Smooth 👍🏻
Ketiga, love it or hate it — touchbar pada keyboard. Bukan sekadar gimik, malah sangat useful. Sebab dia berubah² ikut aplikasi apa kita pakai. Contoh tengah taip komen, ada keluar barisan emoji. Tengah edit video boleh scrub through timeline. Browsing boleh tukar² tab. Epal continues to surprises me 🤯
Fourthly, I have said this before ni masa saya pakai Mac Air 2012. Mac has the best laptop keyboard and trackpad on the market (if u minus very sweet mecha keyboard). Typing feels like touching fleeting air and very responsive. Trackpad is buttery smooth and mudahkan hidup (I’m dissappointed dengan trackpad laptop Windows tbh). To the extend I rarely use my Magic Mouse yang beli sekali masa angkat Mac M1.
Overall verdict? For a laptop that ticks off so many of my checklist, I would love to give a solid 10. Tapi the product is not without a flaw or two. If you usually use Windows app, you have to install Parallel and download Windows OS (windows 11 percuma — ada gambar di bawah). Then there’s the screen. For me 13.3 inch is good enough sebab very portable and lightweight — but I reckon u gais tunggu 14 and 16 inch version of M1X. I have no regrets walaupun tahu in just few days akan keluar that version, sebab it’s a solid package already for me.
Epal pun patut boleh include sekali tech FaceID and 1080p webcam di masa depan.
My rating – 9.5/10
#reviewSyazwanR808