Usai lepas conference IFTA, saya join pula trip terokai Mesir bersama delegasi dari Malaysia. Awal pagi merentas gurun di atas unta. Dapat melihat lagi dekat seni bina piramid, antara 7 wonders of the world bak kata omputih. Ini antara pengalaman yang saya takkan dapat lupakan. Entrance fee dan naik unta? 140 Le dan 400 Le sahaja (lebih kurang total RM 140)
Ada juga pelancong lain yang tegur baju saya pakai #SahamIsCool . Saham tu apa? Haaa ni kalau buka cerita memang tak habis sampai esok la jadinya. Saya just cakap, Saham is more than just investing and tengok la MV kat youtube tu siap bagi business card. Mana tahu ada yg sudi buka akaun CDS bersama saya ke
Kemudian pergi pula ke kedai minyak wangi yang terkenal di sana. Wah masuk2 je dapat tempat duduk dan dihidangkan welcome drink yang padu! (Air roselle egypt). Lepas test berbelas sample, masing2 mula la memilih nak borong wangian mana (ada yang bagus untuk aromaterapi lagi).
On the way ke kubu Salehuddin, kami singgah di kedutaan Malaysia untuk makan tengahari. Ramai juga pelajar Malaysia datang untuk menjamah selera citarasa tempatan (because there is no taste like home ). Borak2 dengan mereka tentang kehidupan di sana, alhamdulillah mereka suka duduk dan belajar di sana.
Di kubu besar masih tersergam indah bangunan sejak era panglima
hebat ini. Sayangnya sebahagian daripadanya terpaksa dihancurkan untuk memberi ruang bagi pembangunan dan pembinaan jalan raya. Sebabkan lokasinya di atas bukit, pengunjung boleh menikmati pemandangan panoramic bandar Cairo.
Malam pula kami naik cruise Nile River. Sebelum tu sempat singgah di bazaar malam Cairo yang menjual pelbagai cenderamata dan barangan Mesir yang bermutu tinggi. Kami makan malam di atas boat sambil menikmati persembahan budaya Mesir dan pemandangan malam bandar Cairo di tepian sungai. Kalau ikutkan, jadual trip packed dari pagi ke malam! Fuhh, next day pula pun sama.