Permata Di Tepi Lautan

Written by RS

08/10/2019

Alexandria, bandar di tepian lautan Mediterranean. Sini ada pengaruh budaya Eropah bercampur dengan budaya tempatan. Perjalanan mengambil masa 3 jam dari Cairo. Istana Raja Farouk dan Citadel Qaitbay antara landmark gah di sini. Taman Raja Farouk menghijau dengan tanaman tamar.

Makanan seafood sini sedap2. Ada ramai juga pelancong dari Malaysia yang menjamah selera sekali. Siap berikan satu bekas sambal goreng tempe lagi pada kami untuk habiskan 😂

Selepas itu jalan melihat masjid besar di bandar ini dan singgah Alexandria University untuk ‘mencuci mata’. Perpustakaannya yang begitu besar mempunyai sejarah sejak 285 sebelum masihi dan pernah terbakar.

Penutup hari kedua adalah makan malam di kedai nasi arab Yemeni. Portion besar memang puas hati makan. Harga untuk mandy lamb adalah 120 Le (bersamaan RM30).

Hari terakhir trip pula kami ke Fayoum. 2 jam perjalanan dari Cairo. Menariknya bandar ini pula ialah dijadikan sebagai bandar pertanian berdasarkan wahyu. Hasil kebijaksanaan Nabi Yusuf, petani2 boleh bercucuk tanam di atas tanah kering kontang.

Tasik Qarun yang luas pun ada di bandar ini bersama Istana Qarun. Istana ini agak kecil jika dibandingkan dengan mana2 istana lain.

Kami singgah makan tengahari di kedai namanya Tunisia. Dari situ, kami dibawakan merentasi padang pasir menaiki 4×4 untuk melihat tinggalan fossil ikan paus?? Maksudnya 40 juta tahun yang lepas kawasan padang pasir itu pernah menjadi lautan 😱

Sebelum matahari terbenam, kami dibawakan untuk melihat air terjun tertinggi di Egypt. Boleh tahan tingginya, tapi tak boleh nak mandi manda. Tamat sudah pengembaraan kali ini.

Terima kasih kepada Nigmah Tour dan tuan organizer. InsyaAllah ada rezeki boleh lagi datang bercuti sini (banyak lagi tempat menarik)

You May Also Like…

Zakat Tahun 2020

Zakat Tahun 2020

Alhamdulillah. Segala syukur bagiNya. Hari ini sempat bertemu sahabat saya Syahmi Syafiq Azmi dan lunch itik salai di Bangi. Tempoh hari saya ada mesej untuk bertemu sebelum hujung tahun, dengan...

Alhamdulillah Rezeki Besar Pada Usia Sebelum 30an

Alhamdulillah Rezeki Besar Pada Usia Sebelum 30an

Alhamdulillah syukur kepada yang Maha Esa. Syukur kepada yang Maha Pemurah. Akhirnya selepas melalui banyak rintangan dan dugaan, cabaran dan ujian dalam dunia pelaburan saham — Tidak kusangka pada...

Bahasa Perancis

Bahasa Perancis

Tengah belek2 balik sijil lama ni, bila ternampak semula yang ini, rasa seperti “Wow, aku dulu belajar bahasa Perancis!” Bukan setakat belajar, tapi dapat melepasi peperiksaan kefasihan bahasa...

0 Comments

Leave a Reply