Kalau kita rasa umur jadi halangan untuk berjaya dalam trading, kisah Shigeru Fujimoto memang akan buat kita terdiam sekejap.
Seorang day trader berusia 88 tahun dari Kobe, Jepun.
Masih bangun pagi buta.
Masih kaji pasaran setiap hari.
Masih aktif trade saham Jepun.
Nilai aset dia hari ini lebih 2 bilion yen. Lebih kurang RM120 juta.
Mimpi dia? Nak jadi seperti Warren Buffett.
Ini kisah seorang lelaki biasa yang jadi luar biasa.
Permulaan hidup yang sangat sederhana
Fujimoto bukan datang dari dunia kewangan pun.
Tak pernah kerja bank.
Tak ada degree finance.
Tak pernah masuk “Wall Street”.

Dia cuma bekerja macam orang biasa. Hidup pun simple.
Titik perubahan berlaku selepas dia bersara. Masa itulah dia rasa nak cuba sesuatu yang baru.
Dia jual 3 cawangan mahjong parlor miliknya pada harga 65 juta yen.
Kalau ikut nilai hari ini lebih kurang RM2.5 juta.
Duit inilah modal sebenar dia untuk masuk ke pasaran saham.
Timing dia pula memang kena tepat. Jepun masa itu sedang berada dalam era bubble economy.
Mula dengan rugi dulu
Saham Jepun masa itu naik gila gila.
Dengan modal 65 juta yen, Fujimoto cepat nampak profit.
Confidence dia naik.
Tapi seperti ramai pelabur lain… dia pun kena tempias.

Awal awal banyak rugi.
Tak mahir baca carta.
Tak faham laporan kewangan.
Masih blur tentang strategi.
Tapi dia tak give up.
Dia anggap setiap kerugian sebagai “yuran belajar”.
Disiplin yang menjadikan dia jutawan
Setiap kali rugi, dia buat satu benda yang ramai trader malas nak buat.
Dia catat.
Dia analisa balik.
Dia fikir kenapa salah.
Sikit sikit disiplin itu jadi tabiat.
Dari tabiat itu, lahirlah sistem dan strategi dia sendiri.
Hari ini, hasilnya memang luar biasa.
Aset Fujimoto: 2 bilion yen
Pulangan keseluruhan: 2,977% atau lebih 30 kali ganda.
Dan yang paling menarik, dia masih hidup macam orang biasa.
Gaya hidup dia sangat sederhana
Tak ada smartphone.
Tak ada kereta.
Dia pakai baju lama yang dijaga isterinya.

Jutawan — tapi low profile.
Kalau tengok gambar dia makan udon sambil burung peliharaan duduk atas kepala, memang kita tak sangka orang ini multimillionaire.
Falsafah hidup Fujimoto
Fujimoto ada prinsip yang sangat kuat.
✔ Belajar daripada kesilapan
✔ Jangan takut gagal
✔ Umur bukan alasan untuk berhenti cuba
Dia pernah sebut satu ayat yang saya rasa ramai trader patut hadam.
“You should take a chance, even at the risk of a failure, when something makes you think, ‘This is it’, whatever your age.”
Umur bukan penghalang. Sikap yang jadi penentu.
Rutin harian yang ekstrem tapi penuh fokus
Inilah jadual dia:
⏰ Bangun jam 2 pagi
☕ Kopi + senaman
📈 Terus pantau laporan kewangan dan pergerakan pasaran US
Kenapa US?
Sebab pasaran US jadi petunjuk kepada pasaran Jepun yang akan buka nanti.
Gaya trade Fujimoto
• Day trader sepenuhnya
• Masuk dan keluar dalam masa singkat
• Waktu paling sibuk ialah antara 9–10 pagi, masa pasaran Jepun paling volatile
• Strateginya senang tapi powerful
- Letak pesanan beli bila yakin harga nak naik
- Ambil keuntungan bila harga mula melonjak
- Gunakan earnings report dan sektor yang tengah “in play”
Bunyi simple, tapi perlukan disiplin yang luar biasa.
Apa yang kita boleh belajar daripada beliau
Key takeaway daripada kisah Fujimoto:
• Disiplin lebih penting daripada modal
• Timing adalah segalanya
• Sentiasa “bridge” maklumat antara pasaran
• Sabar itu senjata
• Konsistensi mengalahkan big win
Kalau seorang lelaki 88 tahun masih boleh bangun jam 2 pagi, study market, dan trade setiap hari…
Kita yang masih muda ini… apa alasan kita?




0 Comments