Harga Minyak Negatif?? Apa Sudah Jadi?

Written by RS

21/04/2020

Sepanjang sejarah penglibatan dalam futures, ini merupakan detik dalam sejarah menjadi saksi kepada fenomena luar biasa ini. Kontrak Mei 2020 bagi Crude Oil tutup pada paras -40.32$.

Ya anda tidak silap baca. NEGATIVE harga dia!

Kenapa ini boleh berlaku? Sebelum itu mari kita fahamkan dulu konsep futures ini — kontrak futures ini adalah obligation untuk membeli dan menjual komoditi yang disandarkan. In this case, kontrak Mei 2020 ini bermaksud, barang siapa yang memiliki kontrak ini pada tarikh luput kontrak — dia wajib untuk

1. membeli 1,000 tong minyak mentah per kontrak long dia miliki

2. menghantar 1,000 tong minyak mentah per kontrak short dia miliki

Ini adalah konsep futures. Di mana para oil producer dan consumer yang besar akan membuat transaksi besar untuk hedging/arbitrage/trading.

Jadi kenapa boleh sampai jadi negatif? Bukan patut ada had ke?

Ini yang berlaku akibat dari trader2 yang miliki long position membuat roll over kontrak — jual kontrak Mei 2020 dan beli kontrak Jun 2020 untuk terus mengekalkan position long. Di sini juga short trader mengambil peluang untuk press harga lagi ke bawah sebelum kontrak tamat luput pada 21 April (settlement pada 1 Mei). Kenapa roll over? Sebab kebanyakan trader ini hanya ingin membuat duit daripada perbezaan harga — bukannya membeli dan menjual fizikal produk.

Sekali juga dengan oil consumer yang pada asalnya ingin membeli minyak mentah sebenar pada bulan2 yang lepas — tapi sebabkan Covid19 yang telah mengakibatkan Demand Shock, semua menjadi takut sekiranya mereka betul² mendapat bekalan minyak mentah yang baru, macam mana nak simpan dan proses sedangkan yang sedia ada pun tidak terguna?

Jadi apakah kesan kepada kaunter minyak esok? Kemungkinan berlaku penurunan — barangkali game over terus. Tapi kena seharusnya ingat, Malaysia bersandarkan pada harga Brent Oil dan bukannya Crude Oil semata². Perhatikan samada harga boleh bertahan atas 25$ atau tidak.

P/S: Trader boleh membuat keuntungan sekiranya short (jual dahulu di atas, beli kemudian di bawah). Beza 1$ bersamaan 100 ticks. 1 ticks boleh untung/rugi 10$ per lot. Jadi 1$ Crude turun, geng short boleh untung 1000$. Kalau 10/20/30/40/50 $ ?

#beritakomoditi
#FuturesWithSyazwan

You May Also Like…

Apa Itu Single Stock Futures (SSF)?

Apa Itu Single Stock Futures (SSF)?

PENCAPAIAN TAHUN 2020: Menjadi speaker dalam sesi pembelajaran dalam talian untuk Bursa Malaysia Derivatives. InshaAllah saya akan ada lagi future collaboration bersama mereka dalam memberi lagi...

#hybridtrader

#hybridtrader

Syukur, usai perkongsian tentang instrumen 𝗙𝗖𝗣𝗢 yang 𝗽𝗮𝘁𝘂𝗵 𝘀𝗵𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 di Seminar Berani Melabur yang dikendalikan oleh Asri Ahmad Academy — terima kasih tidak terhingga kepada mentor saya Tn Hj Mohd...

Catalyst Bagi Komoditi Minyak

Catalyst Bagi Komoditi Minyak

Catalyst bagi komoditi minyak ===================== Semalam dunia dikejutkan dengan berita base US diserang oleh Iran, dan kesannya dapat dilihat pada komoditi minyak dan emas (bullish) serta future...

0 Comments