Catalyst bagi komoditi minyak
=====================
Semalam dunia dikejutkan dengan berita base US diserang oleh Iran, dan kesannya dapat dilihat pada komoditi minyak dan emas (bullish) serta future indices pasaran US (bearish). Tapi yang peliknya, #CL naik sebanyak 4.54% dalam 2 jam, selepas itu ia menurun hampir sebanyak 10% dalam hari yang sama.
.
Pergerakan volatile sebegini adalah perkara biasa bagi pasaran komoditi, di mana setelah bullish long position telah mendapat keuntungan, bearish short position pula mengambil alih. Market react awal kepada inventory report setiap hari Rabu waktu Malaysia 11.30 malam, serta Presiden Amerika tidak membalas tindakan Iran dengan military action juga, instead hanya economic sanction.
.
Apa itu EIA Inventory Report dan kenapa ia memberi kesan kepada harga?
Untuk makluman semua, sebagai komoditi paling aktif didagangkan di dunia, ramai trader dan pakar analisa akan perhati rapat update tentang stok minyak mentah mereka, sebab ia dijadikan kayu ukur semasa DEMAND terhadap minyak.
.
Jadinya, bila data telah dikeluarkan dan jumlah stok mingguan minyak mentah US menurun dari jangkaan, ia memberi tanggapan permintaan untuk minyak mentah meningkat, seterusnya bermaksud harga akan menjadi BULLISH (mengikut simple rule of suppy and demand).
.
Apa yang berlaku semalam adalah sebaliknya, di mana inventory report mengeluarkan data BEARISH (stok mingguan meningkat dari jangkaan) dan harga komoditi terus menurun. Seperti mana pasaran saham bergerak dengan spekulasi dan rumours, di komoditi juga dapat kita lihat pergerakan awal sebelum news — dalam kes ini, harga menurun sudah sebelum news, dan menurun lagi selepas keluar news.
.
Ini hanya bersifat short term sahaja, jadi sekiranya pergerakan mid – long term masih lagi bullish dan uptrend, tidak apa perlu dirisaukan bagi pemegang saham yang bergantung pada catalyst minyak.
.
Pasaran bak roda. Ada kala di atas ada kala di bawah.